Tidak beriman seseorang kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa

عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ العَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ».

Daripada Abu Muhammad, ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak beriman seseorang kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa."

Darjat:
قال النووي: حديث صحيح
Diriwayatkan oleh:
رويناه في كتاب الحجة بإسناد صحيح
Darjat:
قال النووي: حديث صحيح
Diriwayatkan oleh:
رويناه في كتاب الحجة بإسناد صحيح

HadeethEnc.com — Ensiklopedia Hadis Nabi Terjemahan

Makna umum

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa seseorang itu tidak menjadi mukmin yang sempurna imannya sehingga kecintaannya mengikuti apa yang dibawa oleh Rasul ﷺ berupa perintah dan larangan serta syariat-syariat lain. Dia mencintai apa yang diperintahkan dan membenci apa yang dilarang.

Pengajaran hadis
  • Hadis ini menjadi asas dalam menyerahkan diri kepada syariat dan patuh kepadanya.
  • Ia merupakan peringatan kepada manusia bahawa sesiapa yang menghukum menggunakan akal atau adatnya sendiri dan mendahulukannya melebihi apa yang dibawa oleh Rasul ﷺ, maka iman orang tersebut boleh terjejas atau terhapus.
  • Kewajipan menjadikan syariat sebagai hukum dalam setiap perkara, berdasarkan firman baginda: (bagi apa yang aku bawa).
  • Iman seseorang bertambah dengan ketaatan kepada Allah dan berkurang apabila melakukan maksiat.

Kategori