Mushaf halaman 447

Halaman 447 daripada 604
Warna halaman
الصَّافَّاتِالجزء ٢٣ · الحزب ٤٥

٤٤٧

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris Juzuk 23
“Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?” 25 (Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili); 26 Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela. 27 Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya): “Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu”. 28 Ketua-ketuanya menjawab: “(Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman! 29 “Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas. 30 (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu). 31 “(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat” 32 Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama. 33 Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa. 34 Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;” (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah” - mereka bersikap takbur mengingkarinya, - 35 Serta mereka berkata: “Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?” 36 (Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya). 37 Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 38 Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan; 39 Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, 40 Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum, 41 Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan, 42 Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat. 43 Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran; 44 Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir, 45 Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya, 46 Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya. 47 Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya; 48 (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. 49 (Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan. 50 Seorang di antaranya berkata: “Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). 51

447

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris Juzuk 23
“katanya: ‘Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? 52 “Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan?”’ 53 (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: “Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?” 54 Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang. 55 Ia pun (menempelaknya dengan) berkata: “Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan. 56 “Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab)”. 57 (Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): “Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, - 58 “Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?” 59 Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar. 60 Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia). 61 Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? 62 Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). 63 Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang; 64 Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan; 65 Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya. 66 Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak. 67 Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang. 68 Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan; 69 Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya. 70 Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu. 71 Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran. 72 Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, - 73 Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan). 74 Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan. 75 Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar. 76

448

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 25

مَا لَكُمۡ لَا تَنَاصَرُونَ ۝٢٥

“Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?”

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 26

بَلۡ هُمُ ٱلۡيَوۡمَ مُسۡتَسۡلِمُونَ ۝٢٦

(Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 27

وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ يَتَسَآءَلُونَ ۝٢٧

Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 28

قَالُوٓاْ إِنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَأۡتُونَنَا عَنِ ٱلۡيَمِينِ ۝٢٨

Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya): “Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu”.

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 29

قَالُواْ بَل لَّمۡ تَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ ۝٢٩

Ketua-ketuanya menjawab: “(Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 30

وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَٰنِۭۖ بَلۡ كُنتُمۡ قَوۡمࣰا طَٰغِينَ ۝٣٠

“Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 31

فَحَقَّ عَلَيۡنَا قَوۡلُ رَبِّنَآۖ إِنَّا لَذَآئِقُونَ ۝٣١

(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 32

فَأَغۡوَيۡنَٰكُمۡ إِنَّا كُنَّا غَٰوِينَ ۝٣٢

“(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat”

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 33

فَإِنَّهُمۡ يَوۡمَئِذࣲ فِي ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ ۝٣٣

Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 34

إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ۝٣٤

Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 35

إِنَّهُمۡ كَانُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسۡتَكۡبِرُونَ ۝٣٥

Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;” (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah” - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 36

وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓاْ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرࣲ مَّجۡنُونِۭ ۝٣٦

Serta mereka berkata: “Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?”

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 37

بَلۡ جَآءَ بِٱلۡحَقِّ وَصَدَّقَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ۝٣٧

(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 38

إِنَّكُمۡ لَذَآئِقُواْ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَلِيمِ ۝٣٨

Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 39

وَمَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ۝٣٩

Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 40

إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ۝٤٠

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 45

يُطَافُ عَلَيۡهِم بِكَأۡسࣲ مِّن مَّعِينِۭ ۝٤٥

Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 46

بَيۡضَآءَ لَذَّةࣲ لِّلشَّٰرِبِينَ ۝٤٦

Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 47

لَا فِيهَا غَوۡلࣱ وَلَا هُمۡ عَنۡهَا يُنزَفُونَ ۝٤٧

Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 48

وَعِندَهُمۡ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ عِينࣱ ۝٤٨

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 49

كَأَنَّهُنَّ بَيۡضࣱ مَّكۡنُونࣱ ۝٤٩

(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 50

فَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ يَتَسَآءَلُونَ ۝٥٠

(Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.

Aṣ-Ṣāffāt — Yang Teratur Berbaris 51

قَالَ قَآئِلࣱ مِّنۡهُمۡ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينࣱ ۝٥١

Seorang di antaranya berkata: “Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).

Pembahagian tema · 447

Pembahagian tema · 448

Sentuh mana-mana ayat untuk melihat tafsir, makna perkataan dan i‘rabnya.

Papar ayat dengan teks besar
  1. مَا لَكُمۡ لَا تَنَاصَرُونَ ۝٢٥

  2. بَلۡ هُمُ ٱلۡيَوۡمَ مُسۡتَسۡلِمُونَ ۝٢٦

  3. وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ يَتَسَآءَلُونَ ۝٢٧

  4. قَالُوٓاْ إِنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَأۡتُونَنَا عَنِ ٱلۡيَمِينِ ۝٢٨

  5. قَالُواْ بَل لَّمۡ تَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ ۝٢٩

  6. وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَٰنِۭۖ بَلۡ كُنتُمۡ قَوۡمࣰا طَٰغِينَ ۝٣٠

  7. فَحَقَّ عَلَيۡنَا قَوۡلُ رَبِّنَآۖ إِنَّا لَذَآئِقُونَ ۝٣١

  8. فَأَغۡوَيۡنَٰكُمۡ إِنَّا كُنَّا غَٰوِينَ ۝٣٢

  9. فَإِنَّهُمۡ يَوۡمَئِذࣲ فِي ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ ۝٣٣

  10. إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ۝٣٤

  11. إِنَّهُمۡ كَانُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسۡتَكۡبِرُونَ ۝٣٥

  12. وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓاْ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرࣲ مَّجۡنُونِۭ ۝٣٦

  13. بَلۡ جَآءَ بِٱلۡحَقِّ وَصَدَّقَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ۝٣٧

  14. إِنَّكُمۡ لَذَآئِقُواْ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَلِيمِ ۝٣٨

  15. وَمَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ۝٣٩

  16. إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ۝٤٠

  17. أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ رِزۡقࣱ مَّعۡلُومࣱ ۝٤١

  18. فَوَٰكِهُ وَهُم مُّكۡرَمُونَ ۝٤٢

  19. فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ۝٤٣

  20. عَلَىٰ سُرُرࣲ مُّتَقَٰبِلِينَ ۝٤٤

  21. يُطَافُ عَلَيۡهِم بِكَأۡسࣲ مِّن مَّعِينِۭ ۝٤٥

  22. بَيۡضَآءَ لَذَّةࣲ لِّلشَّٰرِبِينَ ۝٤٦

  23. لَا فِيهَا غَوۡلࣱ وَلَا هُمۡ عَنۡهَا يُنزَفُونَ ۝٤٧

  24. وَعِندَهُمۡ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ عِينࣱ ۝٤٨

  25. كَأَنَّهُنَّ بَيۡضࣱ مَّكۡنُونࣱ ۝٤٩

  26. فَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ يَتَسَآءَلُونَ ۝٥٠

  27. قَالَ قَآئِلࣱ مِّنۡهُمۡ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينࣱ ۝٥١

Aṣ-ṢāffātJuzuk 23Mushaf & riwayat

Laporkan kesilapan