Mushaf halaman 575

Halaman 575 daripada 604
Warna halaman
المُزَّمِّلِ · المُدَّثِّرِالجزء ٢٩ · الحزب ٥٨

٥٧٥

Al-Muzzammil — Yang Berselimut · Al-Muddaththir — Yang Berselubung Juzuk 29
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 20 Al-Muddaththir — Yang Berselubung Wahai orang yang berselimut! 1 Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 2 Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! 3 Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. 4 Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. 5 Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. 6 Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)! 7 Kerana apabila telah ditiup sangkakala, 8 Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar - 9 Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). 10 (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), 11 Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, 12 Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. 13 Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. 14 Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; 15 Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami). 16 Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. 17 Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) - 18

575

Al-Muddaththir — Yang Berselubung Juzuk 29
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? 19 Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? 20 Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal); 21 Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut; 22 Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh, 23 Serta ia berkata: “(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); 24 “Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!” 25 (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. 26 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? 27 Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus) 28 Ia terus-menerus membakar kulit manusia! 29 Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). 30 Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. 31 Sebenarnya! Demi bulan, 32 Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri, 33 Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang, 34 Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, 35 Yang menjadi amaran bagi umat manusia, 36 (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya). 37 Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, 38 Kecuali puak Kanan, 39 (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, 40 Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, 41 (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” 42 Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; 43 “Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; 44 “Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; 45 “Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, 46 “Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini”. 47

576

Al-Muzzammil — Yang Berselimut 20

۞ إِنَّ رَبَّكَ يَعۡلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدۡنَىٰ مِن ثُلُثَيِ ٱلَّيۡلِ وَنِصۡفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةࣱ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحۡصُوهُ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡۖ فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرۡضَىٰ وَءَاخَرُونَ يَضۡرِبُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَبۡتَغُونَ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَءَاخَرُونَ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنۡهُۚ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقۡرِضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰاۚ وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرࣲ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيۡرࣰا وَأَعۡظَمَ أَجۡرࣰاۚ وَٱسۡتَغۡفِرُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِيمُۢ ۝٢٠

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 6

وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ ۝٦

Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 7

وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ ۝٧

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 9

فَذَٰلِكَ يَوۡمَئِذࣲ يَوۡمٌ عَسِيرٌ ۝٩

Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 10

عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرࣲ ۝١٠

Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 11

ذَرۡنِي وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدࣰا ۝١١

(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 12

وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالࣰا مَّمۡدُودࣰا ۝١٢

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 14

وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدࣰا ۝١٤

Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 16

كَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأٓيَٰتِنَا عَنِيدࣰا ۝١٦

Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 18

إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ ۝١٨

Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -

Pembahagian tema · 575

Pembahagian tema · 576

Sentuh mana-mana ayat untuk melihat tafsir, makna perkataan dan i‘rabnya.

Papar ayat dengan teks besar
  1. ۞ إِنَّ رَبَّكَ يَعۡلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدۡنَىٰ مِن ثُلُثَيِ ٱلَّيۡلِ وَنِصۡفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةࣱ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحۡصُوهُ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡۖ فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرۡضَىٰ وَءَاخَرُونَ يَضۡرِبُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَبۡتَغُونَ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَءَاخَرُونَ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنۡهُۚ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقۡرِضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰاۚ وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرࣲ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيۡرࣰا وَأَعۡظَمَ أَجۡرࣰاۚ وَٱسۡتَغۡفِرُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِيمُۢ ۝٢٠

  2. يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ ۝١

  3. قُمۡ فَأَنذِرۡ ۝٢

  4. وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ ۝٣

  5. وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ ۝٤

  6. وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ ۝٥

  7. وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ ۝٦

  8. وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ ۝٧

  9. فَإِذَا نُقِرَ فِي ٱلنَّاقُورِ ۝٨

  10. فَذَٰلِكَ يَوۡمَئِذࣲ يَوۡمٌ عَسِيرٌ ۝٩

  11. عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرࣲ ۝١٠

  12. ذَرۡنِي وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدࣰا ۝١١

  13. وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالࣰا مَّمۡدُودࣰا ۝١٢

  14. وَبَنِينَ شُهُودࣰا ۝١٣

  15. وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدࣰا ۝١٤

  16. ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ ۝١٥

  17. كَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأٓيَٰتِنَا عَنِيدࣰا ۝١٦

  18. سَأُرۡهِقُهُۥ صَعُودًا ۝١٧

  19. إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ ۝١٨

Al-MuzzammilAl-MuddaththirJuzuk 29Mushaf & riwayat

Laporkan kesilapan