Mushaf halaman 536

Halaman 536 daripada 604
Warna halaman
الوَاقِعَةِالجزء ٢٧ · الحزب ٥٤

٥٣٦

Al-Wāqi‘ah — Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan Juzuk 27
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), 51 Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, 52 “Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, 53 “Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, 54 “Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”. 55 Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. 56 Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). 57 (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? 58 Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? 59 Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; 60 (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya. 61 Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak). 62 Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? 63 Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? 64 Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, 65 (Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian. 66 “Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)” 67 Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? 68 Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? 69 Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. 70 Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? 71 Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya? 72 Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir. 73 Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). 74 Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, - 75 Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, - 76

536

Al-Wāqi‘ah — Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan Juzuk 27
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, - 17 Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. 18 Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. 19 Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, 20 Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. 21 Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, 22 Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. 23 (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. 24 Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; - 25 Mereka hanya mendengar ucapan: “Selamat! Selamat!” (dari satu kepada yang lain). 26 Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? 27 Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. 28 Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, 29 Dan naungan yang tetap terbentang, 30 Dan air yang sentiasa mengalir, 31 Serta buah-buahan yang banyak, 32 Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, 33 Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. 34 Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 35 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 36 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. 37 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; 38 Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, 39 Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. 40 Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? 41 Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak 42 Serta naungan dari asap hitam, 43 Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan. 44 Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). 45 Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, 46 Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? 47 “Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?” 48 Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, 49 “Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum. 50

535

ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ ۝٥١

“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ ۝٥٧

Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ۝٦٠

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ ۝٦١

(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ ۝٦٢

Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمࣰا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ ۝٦٥

Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ ۝٦٩

Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجࣰا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ ۝٧٠

Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ ۝٧٢

Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةࣰ وَمَتَٰعࣰا لِّلۡمُقۡوِينَ ۝٧٣

Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ۝٧٤

Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

Sentuh mana-mana ayat untuk melihat tafsir, makna perkataan dan i‘rabnya.

Papar ayat dengan teks besar
  1. ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ ۝٥١

  2. لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرࣲ مِّن زَقُّومࣲ ۝٥٢

  3. فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ ۝٥٣

  4. فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ ۝٥٤

  5. فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ ۝٥٥

  6. هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ ۝٥٦

  7. نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ ۝٥٧

  8. أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ ۝٥٨

  9. ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ ۝٥٩

  10. نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ۝٦٠

  11. عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ ۝٦١

  12. وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ ۝٦٢

  13. أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ ۝٦٣

  14. ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٰرِعُونَ ۝٦٤

  15. لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمࣰا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ ۝٦٥

  16. إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ ۝٦٦

  17. بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ ۝٦٧

  18. أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ ۝٦٨

  19. ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ ۝٦٩

  20. لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجࣰا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ ۝٧٠

  21. أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ ۝٧١

  22. ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ ۝٧٢

  23. نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةࣰ وَمَتَٰعࣰا لِّلۡمُقۡوِينَ ۝٧٣

  24. فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ۝٧٤

  25. ۞ فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ۝٧٥

  26. وَإِنَّهُۥ لَقَسَمࣱ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ ۝٧٦

Al-Wāqi‘ahJuzuk 27Mushaf & riwayat

Laporkan kesilapan