Mushaf IndoPak (16 baris): Halaman 523

Halaman 523 daripada 549
Warna halaman
Al-Muddaththir — Yang Berselubung 523Juzuk 29
Al-Muddaththir — Yang Berselubung Juzuk 29
Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; 15 Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami). 16 Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. 17 Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) - 18 Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? 19 Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? 20 Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal); 21 Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut; 22 Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh, 23 Serta ia berkata: “(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); 24 “Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!” 25 (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. 26 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? 27 Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus) 28 Ia terus-menerus membakar kulit manusia! 29 Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). 30 Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. 31 Sebenarnya! Demi bulan, 32 Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri, 33 Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang, 34 Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, 35 Yang menjadi amaran bagi umat manusia, 36 (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya). 37 Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, 38 Kecuali puak Kanan, 39 (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, 40 Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, 41 (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” 42 Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; 43 “Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; 44

523

Al-Muzzammil — Yang Berselimut · Al-Muddaththir — Yang Berselubung Juzuk 29
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat). 19 Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 20 Al-Muddaththir — Yang Berselubung Wahai orang yang berselimut! 1 Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 2 Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! 3 Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. 4 Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. 5 Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. 6 Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)! 7 Kerana apabila telah ditiup sangkakala, 8 Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar - 9 Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). 10 (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), 11 Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, 12 Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. 13 Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. 14

522

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 16

كَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأٓيَٰتِنَا عَنِيدࣰا ۝١٦

Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 18

إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ ۝١٨

Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 19

فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ۝١٩

Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 20

ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ۝٢٠

Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 21

ثُمَّ نَظَرَ ۝٢١

Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 22

ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ ۝٢٢

Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 23

ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ ۝٢٣

Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 24

فَقَالَ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرࣱ يُؤۡثَرُ ۝٢٤

Serta ia berkata: “(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 25

إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ ۝٢٥

“Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!”

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 26

سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ ۝٢٦

(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 27

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سَقَرُ ۝٢٧

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 28

لَا تُبۡقِي وَلَا تَذَرُ ۝٢٨

Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 31

وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةࣰۖ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةࣰ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَٰنࣰا وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضࣱ وَٱلۡكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلࣰاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ ۝٣١

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 35

إِنَّهَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ ۝٣٥

Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 37

لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ ۝٣٧

(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 38

كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ ۝٣٨

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 40

فِي جَنَّٰتࣲ يَتَسَآءَلُونَ ۝٤٠

(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 42

مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ ۝٤٢

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?”

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 43

قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ ۝٤٣

Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

Al-Muddaththir — Yang Berselubung 44

وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ ۝٤٤

“Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

Sentuh mana-mana ayat untuk melihat tafsir, makna perkataan dan i‘rabnya.

Papar ayat dengan teks besar
  1. ثُمَّ یَطْمَعُ اَنْ اَزِیْدَ ۟ۗۙ

  2. كَلَّا ؕ اِنَّهٗ كَانَ لِاٰیٰتِنَا عَنِیْدًا ۟ؕ

  3. سَاُرْهِقُهٗ صَعُوْدًا ۟ؕ

  4. اِنَّهٗ فَكَّرَ وَقَدَّرَ ۟ۙ

  5. فَقُتِلَ كَیْفَ قَدَّرَ ۟ۙ

  6. ثُمَّ قُتِلَ كَیْفَ قَدَّرَ ۟ۙ

  7. ثُمَّ نَظَرَ ۟ۙ

  8. ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ ۟ۙ

  9. ثُمَّ اَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ ۟ۙ

  10. فَقَالَ اِنْ هٰذَاۤ اِلَّا سِحْرٌ یُّؤْثَرُ ۟ۙ

  11. اِنْ هٰذَاۤ اِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ ۟ؕ

  12. سَاُصْلِیْهِ سَقَرَ ۟

  13. وَمَاۤ اَدْرٰىكَ مَا سَقَرُ ۟ؕ

  14. لَا تُبْقِیْ وَلَا تَذَرُ ۟ۚ

  15. لَوَّاحَةٌ لِّلْبَشَرِ ۟ۚۖ

  16. عَلَیْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ ۟ؕ

  17. وَمَا جَعَلْنَاۤ اَصْحٰبَ النَّارِ اِلَّا مَلٰٓىِٕكَةً ۪ وَّمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ اِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِیْنَ كَفَرُوْا ۙ لِیَسْتَیْقِنَ الَّذِیْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ وَیَزْدَادَ الَّذِیْنَ اٰمَنُوْۤا اِیْمَانًا وَّلَا یَرْتَابَ الَّذِیْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ وَالْمُؤْمِنُوْنَ ۙ وَلِیَقُوْلَ الَّذِیْنَ فِیْ قُلُوْبِهِمْ مَّرَضٌ وَّالْكٰفِرُوْنَ مَاذَاۤ اَرَادَ اللّٰهُ بِهٰذَا مَثَلًا ؕ كَذٰلِكَ یُضِلُّ اللّٰهُ مَنْ یَّشَآءُ وَیَهْدِیْ مَنْ یَّشَآءُ ؕ وَمَا یَعْلَمُ جُنُوْدَ رَبِّكَ اِلَّا هُوَ ؕ وَمَا هِیَ اِلَّا ذِكْرٰی لِلْبَشَرِ ۟۠

  18. كَلَّا وَالْقَمَرِ ۟ۙ

  19. وَالَّیْلِ اِذْ اَدْبَرَ ۟ۙ

  20. وَالصُّبْحِ اِذَاۤ اَسْفَرَ ۟ۙ

  21. اِنَّهَا لَاِحْدَی الْكُبَرِ ۟ۙ

  22. نَذِیْرًا لِّلْبَشَرِ ۟ۙ

  23. لِمَنْ شَآءَ مِنْكُمْ اَنْ یَّتَقَدَّمَ اَوْ یَتَاَخَّرَ ۟ؕ

  24. كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِیْنَةٌ ۟ۙ

  25. اِلَّاۤ اَصْحٰبَ الْیَمِیْنِ ۟ؕۛ

  26. فِیْ جَنّٰتٍ ۛ۫ یَتَسَآءَلُوْنَ ۟ۙ

  27. عَنِ الْمُجْرِمِیْنَ ۟ۙ

  28. مَا سَلَكَكُمْ فِیْ سَقَرَ ۟

  29. قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّیْنَ ۟ۙ

  30. وَلَمْ نَكُ

Laporkan kesilapan